Kami menjamin para pelajar
dan lepasan sekolah ini akan mendapat hak-hak seperti
berikut:-
- mendapat keputusan
yang cemerlang di dalam peperiksaan awam dan
tahunan serta prestasi yang tinggi
dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa
Inggeris selain mendapat penghargaan (sijil) bagi
setiap sumbangan yang cemerlang, surat akuan dan
sijil berhenti yang lengkap.
- mendapat
pengetahuan yang secukupnya, bebas daripada buta
3M serta mendapat peluang melibatkan diri dalam
aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya setiap
satu daripada kelab permainan, persatuan akademik
dan pertubuhan pakaian seragam.
- bebas daripada
masalah disiplin (dadah, lepak, ponteng, merokok
dan sebagainya) serta membina sahsiah yang unggul
dan membina ciri kepimpinan dalam kegiatan-kegiatan
kurikulum dan kokurikulum.
Kami menjamin warga
pendidikan akan menyumbang perkhidmatan yang cekap dan
bertanggungjawab melalui:-
- panduan yang jelas
supaya hasrat membasmi buta 3M dan peningkatan
prestasi matapelajaran Matematik, Sains dan
Bahasa Inggeris dapat direalisasikan.
- penyediaan
kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa,
lengkap dan mencukupi.
Kami bertekad akan
menyumbangkan yang terbaik sebagaimana hasrat Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:-
- merealisasikan
hasrat Perak Tengah Cemerlang dan Perak Nombor 1
menjelang Tahun 2020.
- melahirkan warga
pendidikan dan pelajar yang cemerlang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.
|