Pendidikan sekolah adalah asas dan tunjang bagi merealisasikan matlamat wawasan. Pendidikan bukan sahaja penting untuk mengisi keperluan negara masa kini, tetapi pendidikanlah yang akan mewarnai masa hadapan negara. Wadah ini menuntut seluruh warga pendidikan melakukan anjakan paradigma dalam visi dan orientasinya. Kecemerlangan tidak akan menjadi realiti dan milik kita tanpa perancangan dan perlaksanaan yang teliti. Kita perlu berorganisasi secara dinamik, bersedia menerajui perusahaan, menggunakan proses reinventing dan reengineering dalam sistem pendidikan kita.

Dengan berbekalkan visi, semangat, iltizam dan keprihatinan mengatasi cabaran dan survival, kita mampu meraih kemenangan yang diimpikan.Untuk memenuhi wawasan sekolah ini, kita selaku warga sekolah ini, hendaklah sentiasa mengurus usaha bagi melengkapkan diri supaya memiliki kefahaman yang jelas tentang hasrat ini. Menyediakan diri dengan input dan keperluan-keperluan bagi melaksanakan tugas dan membina semangat berpasukan serta sikap positif yang bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan hasrat tersebut.


[ Kembali ke Muka Hadapan ]

Copyright © 2000 Webm@ster.
All rights reserved.