Kami menjamin para pelajar dan lepasan sekolah ini akan mendapat hak-hak seperti berikut:-    
  • mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan awam dan tahunan serta prestasi yang tinggi dalam matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris selain mendapat penghargaan (sijil) bagi setiap sumbangan yang cemerlang, surat akuan dan sijil berhenti yang lengkap.
  • mendapat pengetahuan yang secukupnya, bebas daripada buta 3M serta mendapat peluang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sekurang-kurangnya setiap satu daripada kelab permainan, persatuan akademik dan pertubuhan pakaian seragam.
  • bebas daripada masalah disiplin (dadah, lepak, ponteng, merokok dan sebagainya) serta membina sahsiah yang unggul dan membina ciri kepimpinan dalam kegiatan-kegiatan kurikulum dan kokurikulum.

Kami menjamin warga pendidikan akan menyumbang perkhidmatan yang cekap dan bertanggungjawab melalui:-

  • panduan yang jelas supaya hasrat membasmi buta 3M dan peningkatan prestasi matapelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris dapat direalisasikan.
  • penyediaan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap dan mencukupi.

Kami bertekad akan menyumbangkan yang terbaik sebagaimana hasrat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:-

  • merealisasikan hasrat Perak Tengah Cemerlang dan Perak Nombor 1 menjelang Tahun 2020.
  • melahirkan warga pendidikan dan pelajar yang cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

[ Kembali ke Muka Hadapan ]

Copyright © 2000 Webm@ster.
All rights reserved.