Sekolah ini terletak di Kampong Lambor Kanan, kira-kira 12 km dari Bota Kanan dan 14 km dari Kampong Gajah iaitu di dalam daerah Perak Tengah. Pada keseluruhan adalah terdiri dari kampung-kampung tradisional Melayu.

Ianya telah dibuka pada 2.1.1978 di kawasan seluas 9.9 ekar bagi menggantikan Sekolah Menengah Dato' Abdul Rahman Yaakub (Cawangan Telok Bakong).  Sewaktu awal pembukaannya, seramai 746 orang pelajar, 26 orang guru dan 5 orang staf sokongan telah memulakan sesi persekolahannya yang pertama. Tingkatan yang tertinggi pada masa itu adalah Tingkatan 4.

Sewaktu awal penubuhannya, pelajar-pelajar sekolah ini datangnya dari 6 buah kampung iaitu Kampong Lambor Kanan, Kampong Lambor Kiri, Kampong Telok Bakong, Kampong Kuchai, Kampong Telok Sareh dan Kampung Pasir Kubu dan mereka adalah 100% berketurunan Melayu. Setelah siap pembinaan Sekolah Menengah Lambor Kiri, pelajar-pelajar sekolah ini hanya datang dari kampung yang berdekatan iaitu Kampong Lambor Kanan, Kampong Telok Bakong dan Kampong Telok Sareh.


[ Kembali ke Muka Hadapan ]

Copyright © 2000 Webm@ster.
All rights reserved.